"101 Doa Para Nabi Dan Rasul Dalam Al-Quran Beserta Khasiat Dan Kaifiat Beramal
Yang Mesti Anda Tahu Pada Tahun Ini"

Anda kesuntukan
masa? Beli buku ini menggunakan kad kredit (PayPal)
dengan klik butang di bawah ini.
|
"Firman Allah s.w.t dalam
Surah Fathir ayat 15, maksudnya..."
"Wahai sekalian manusia, kamu semua mengharapkan
kepada Allah, sedangkan Allah s.w.t itu Maha Kaya
(dari meminta kepada kamu)" |
Dari:
Samsul Rizal
Khamis, 6:15 pagi
Segala pujian tertentu
bagi Allah s.w.t, Tuhan seluruh alam. Selawat dan salam
ke atas Nabi Muhammad s.a.w, sahabat dan keluarga
baginda.
Kepada rakan pembaca yang budiman,
Setiap kita pasti mengharapkan kasih sayang Allah s.w.t
untuk mendapatkan sesuatu kebaikan atau mengelak sesuatu
keburukan.
Sebenarnya kualiti doa itu dipengaruhi oleh kaedah doa itu
sendiri, kesungguhan serta keikhlasan orang yang
mengucapkannya.
Sesuatu doa itu akan dimustajabkan Allah apabila menepati
waktunya, adabnya dan tentunya jika berpandukan kepada
munajat para nabi, rasul dan golongan salihin sebelum
kita.
|
"Sabda Rasulullah s.a.w,
maksudnya..."
"Doa itu senjata bagi orang Mukmin" |
Kita
memang sentiasa berdoa tetapi doa kita sering bebas
tanpa panduan tertentu. Semua bangsa dan agama di atas
muka bumi ini berdoa dengan cara mereka yang tersendiri.
Apakah doa mereka sentiasa diterima Allah s.w.t lantas
mereka berjaya membawa kemajuan hingga meneroka angkasa
lepas dan menyelami dasar laut yang paling dalam?
Sedangkan umat Islam pula sering dikaitkan dengan
kemiskinan dan kemelaratan, mangsa bencana alam seperti
kemarau, banjir dan tsunami serta sering ditimpa
kemalangan. Apakah doa umat Islam tidak didengari Allah
s.w.t?
Soalnya sekarang ialah apakah doa kita sudah berkualiti?
Sesungguhnya doa memberi kebenaran di dalam hati. Allah
akan beserta dengan apa yang kita sangkakan dan apa yang
kita pohon. Kita berusaha ke arah apa yang kita minta
kerana hati kita telah mengiakan. Sebab itu keyakinan
diri amat penting.
Mari kita lihat situasi ini. Seorang pengaksi lagak ngeri
yang akan meniti tali yang diregang di antara dua buah
bangunan tinggi dengan hanya memangku sepotong kayu
panjang melintangi tali buat mengibangi tubuhnya. Dia
kelihatan bongkok sedikit ke depan lalu merenung titik
penghujung penitiannya dengan mata yang tajam. Kemudian
dia perlahan-lahan tunduk berdoa, bertafakur sebentar
sebelum memulakan penitian.
Sebenarnya dia sedang meletakkan keyakinan yang tinggi di
dalam hatinya yang dia akan berjaya melintasi tali
dengan selamat kerana ini adalah soal hidup dan matinya.
Latihan dan kemahirannya memang sudah mantap. Tetapi ada
faktor lain yang dia perlu ambil perhatian. Dia perlu
berdoa supaya angin tidak tiba-tiba menggoncang talinya.
Atau ketika itulah gempa bumi berlaku yang akan
menggoyangkan kedua-dua buah bangunan itu. Atau
otot-otot kaki dan tangannya tiba-tiba tidak mahu
berfungsi. Apa pun boleh berlaku!
Bagaimanapun adat alam menyatakan bahawa walau bagaimana
mahir pun seseorang itu melakukan keajaiban di atas muka
bumi ini, dari masa ke masa telah berlaku banyak
kemalangan yang meragut nyawa. Sesiapa pun tanpa mengira
kepercayaan, agama dan bangsa, ada doa kita yang
dimakbulkan Allah dan ada doa kita yang yang tidak
dimakbulkan Allah s.w.t.
Tetapi bagi orang Mukmin ada satu lagi senjata tambahan
iaitu jika seandainya doa kita tidak dimakbulkan Allah
s.w.t. di dunia, doa itu tetap akan dimakbulkan-Nya di
akhirat,
|
"Firman Allah s.w.t dalam
Surah Al-Nahl ayat 89, maksudnya..."
"...dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk
menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami
turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap
sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa
rahmat dan berita mengembirakan, bagi orang Islam"
"Firman Allah s.w.t dalam
Surah Al-Mai'dah ayat 5-16, maksudnya..."
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya
kebenaran (Nabi Muhammad) daripada Allah dan sebuah
Kitab (Al-Quran) yang jelas dan nyata keterangannya.
Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan
keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang
mengikut keredhaan-Nya dan (dengannya) Tuhan
keluarkan mereka dari gelap-gelita (kekufuran)
kepada cahaya (keimanan) yang terang-benderang,
dengan izin-Nya; dan (dengannya juga) Tuhan
menunjukkan mereka jalan yang lurus"
"Firman Allah s.w.t dalam
Surah Al-Fussilat ayat 44, maksudnya..."
"Katakanlah (wahai Muhammad) al-Quran itu, menjadi
(cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang
yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak
beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu
penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan
penawar); dan ia juga merupakan kegelapan yang
menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang
menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan
diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti)
orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh
(masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau
melihat dengan nyata)." |
Buku
ini mengandungi doa para nabi dan rasul yang terdapat di
dalam Al-Quran. Doa mereka merupakan potongan ayat-ayat
Al-Quran. Jadi bagi yang mengamalkan doa ini, kita
berdoa dan membaca ayat Al-Quran pada masa yang sama.
Al-Quran adalah sebaik-baik susunan ayat munajat kepada
Allah s.w.t. Kata-kata ikhlas yang keluar daripada hati
para nabi dan rasul adalah kata bimbingan dari pencipta
alam, Allah s.w.t.
Sebaik-baik contoh doa ialah doa para nabi dan rasul
kerana mereka adalah manusia maksum. Namun dalam pada
itu para nabi dan rasul juga adalah seorang manusia
seperti kita yang tertakluk kepada alam sekitar,
tertakluk kepada panahan cahaya matahari dan bulan yang
sama, mengalami lapar dan dahaga yang sama dan akhirnya
mengalami kesusahan, sakit dan wafat juga seperti orang
lain.
Kisah Rasulullah Berdoa
Anas
bin Malik meriwayatkan bahawa pernah berlaku musim
kemarau pada zaman Rasulullah. Ketika baginda sedang
berkhutbah di atas mimbar pada hari Jumaat, seorang Arab
Badwi bangkit, lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, segala
harta benda telah musnah. Seluruh ahli keluarga juga
kelaparan. Berdoalah kepada Allah untuk kami agar Allah
turunkan hujan."
Baginda lalu mengangkat kedua belah tangan. Pada waktu itu
tidak ternampak tompokan-tompokan awan. Tiba-tiba awan
seumpana buih berarak. Baginda masih tidak turun dari
mimbar hinggalah kami melihat hujan mula menitis
membasahi janggutnya. Seharian itu kami ditimpa hujan.
Begitu juga keesokannya dan hari selepasnya sehingga
tiba hari Jumaat seterusnya. Pada hari itu, Arab Badwi
tempoh hari bangun lagi berkata: "Semua bangunan telah
runtuh, harta benda juga telah ditenggelami air. Oleh
itu, berdoalah kepada Allah untuk kami, wahai
Rasulullah."
Baginda lalu menadah tangan ke langit, lalu berdoa,
maksudnya, "Ya Allah, berilah manfaat kepada kami, dan
janganlah jadikannya musibah kepada kami." (Hadis
Riwayat Al-Bukhari)
Pengajaran Daripada Kisah Ini
Daripada kisah di atas, rupa-rupanya untuk meminta sesuatu
dari Allah s.w.t terdapat adab, cara dan kaedah yang
tertentu. Antaranya adalah:-
-
Mengangkat kedua-dua belah tangan semasa berdoa.
-
Berdoa dengan penuh keikhlasan kepada Allah.
-
Berdoa dengan sabar menanti dimakbulkan Allah.
-
Menggunakan ayat yang ringkas dan padat.
Dalam Bab 1, buku ini ada menghuraikan sebanyak 26
adab-adab berdoa yang perlu dijaga untuk mendapat doa
yang makbul.
Waktu-waktu Mustajab Berdoa
Menurut Ibn 'Atha, doa itu mempunyai beberapa rukun yang
kuat menyebabkannya naik ke langit untuk diterima Allah
s.w.t.
Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon
dengan tawaduk.
Sayap-sayap doa itu adalah berdoa dengan penuh keikhlasan
dari hati dan bertepatan dengan waktu yang dimakbulkan
doa.
|
"Aisyah r.a bertanya kepada
Rasulullah s.a.w, maksudnya..."
"Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar,
apakah yang perlu saya baca? Jawab Rasulullah s.a.w,
sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha
Pemaaf lagi Maha Mulia. Kamu sukakan kemaafan.
Jesteru, maafkanlah aku"
(Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibn Majah dan Al-Nasa'ie) |
Malam Al-Qadar berlaku pada bulan Ramadan. Kemungkinan
besar ia berlaku pada 10 malam terakhir bulan Ramadan
berdasarkan kepada beberapa hadis yang menggesa para
sahabat mencari malam Al-Qadar pada sepuluh malam
terakhir.
Tetapi malam Al-Qadar bukan satu-satunya waktu yang
mustajab untuk berdoa. Di dalam Bab 2 buku ini ada
dihuraikan 16 waktu-waktu mustajab untuk berdoa.
Adab-adab Beramal Dengan Ayat-ayat Allah
|
"Sabda Rasulullah s.a.w,
maksudnya..."
"Bacalah olehmu Al-Quran, sesungguhnya ia akan
datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat
kepada pembacanya"
(Hadis Riwayat Muslim) |
Menurut Al-Imam Al-Ghazali, membaca Al-Quran akan
mendatangkan pelbagai faedah. Untuk memperolehi
kelebihan-kelebihan tersebut, seseorang itu hendaklah
memenuhi adab-adab tertentu. Seperti yang dihuraikan
dalam Bab ke-3 buku ini, di antara adab-adabnya ialah:-
-
Membaca dalam keadaan berwuduk.
-
Berinteraksi dengan ayat-ayatnya.
-
Membaca dengan mentadabbur maksud ayat-ayat itu.
-
Membaca dengan niat untuk mengkhatamkannya.
-
Memulakan membaca Al-Quran dengan ta'awwuz.
Doa Daripada Ayat Al-Quran
Bab
ke-4 iaitu bab yang terakhir dalam buku ini merupakan
kemuncak bagi buku ini. Bab ini menghimpunkan 101 Doa
Para Nabi Dan Rasul Dalam Al-Quran beserta keterangan
ayat, khasiat dan kaifiat beramal dengan doa tersebut.
Susunan doa-doa ini adalah mengikut tertib surah yang
terkandung di dalam Al-Quran.
Kelebihan yang ada pada buku ini ialah
setiap doa akan disandarkan kepada keterangan berkaitan
latar belakang ayat dan kelebihan beramal dengan
ayat-ayat tersebut berdasarkan sumber-sumber daripada
kitab-kitab tafsir terkemuka karangan salaf dan
khalaf
seperti Tafsir Ibn Kathir,
Al-Durrul Manthur, Al-Qurtubi, Adwaᅵul Bayan, Fi
Zilalil Quran, Al-Baidhawi, Al-Fakhrurrazi, Ibn Abi
Hatim dan Al-Tabari.
Himpunan doa-doa yang terkandung dalam bab ini adalah:-
-
Surah Al-Fatihah ibu segala doa, penawar segala masalah.
-
Doa agar menjadi hamba yang taat.
-
Doa semasa ditimpa musibah.
-
Doa untuk kebaikan dunia akhirat.
-
Doa agar diberi kesabaran dan kekuatan.
-
Ayat Al-Kursi: untuk menghindari perbuatan pukau dan
sihir.
-
Ikrar orang-orang beriman.
-
Memohon keampunan atas kekurangan diri.
-
Memohon ketetapan hati dalam hidayah.
-
Doa untuk mendapatkan semula barang yang hilang.
-
Doa memohon keampunan.
-
Doa agar dapat membayar hutang.
-
Doa untuk bayi yang baru lahir.
-
Doa untuk mendapat zuriat.
-
Doa agar tergolong dalam kalangan orang beriman.
-
Doa pada kenderaan bermasalah.
-
Doa memohon pertolongan semasa menghadapi musuh.
-
Doa apabila menghadapi tekanan dan stress.
-
Doa golongan shuhada ketika memasuki syurga Allah s.w.t.
-
Doa agar selamat daripada golongan yang zalim.
-
Doa agar dimasukkan ke dalam golongan orang beriman.
-
Doa Nabi isa a.s. agar beroleh rezeki.
-
Doa Iftitah.
-
Doa ketika menyaksikan sembelihan Aldiladha.
-
Doa memohon keampunan dan rahmat Allah s.w.t.
-
Doa pembuka majlis.
-
Doa agar terselamat daripada golongan orang jahat.
-
Doa agar memohon Allah s.w.t. membalas hukuman.
-
Doa memohon kesabaran dan mati dalam iman.
-
Doa Nabi Musa untuk dirinya dan Nabi Harun.
-
Doa agar terselamat daripada sifat lalai manusia.
-
Kelebihan At-Ta'awwuz untuk menghalau syaitan.
-
Doa memohon dicukupkan keperluan.
-
Adab menutup doa.
-
Doa menghindari sihir dan ilmu hitam.
-
Doa memohon dijauhi angkara kezaliman.
-
Zikir minta hujan.
-
Doa agar beroleh rezeki.
-
Doa ketika menaiki kenderaan di air.
-
Doa Nabi Nuh memohon keampunan kerana meminta perkara
yang tidak diketahuinya.
-
Doa agar selamat dari godaan wanita.
-
Doa Nabi Yusuf agar mati dalam Islam.
-
Doa Nabi Ibrahim agar tempat tinggalnya menjadi aman.
-
Doa Nabi Ibrahim agar keluarganya mendapat keampunan.
-
Doa untuk kesejahteraan ibu bapa.
-
Doa agar beroleh tempat tinggal yang baik.
-
Doa agar beroleh keselamatan.
-
Ucapan syukur dan takjub pada nikmat Allah s.w.t.
-
Doa memohon perlindungan Allah daripada segala
kejahatan.
-
Kaf Ha Ya Ain Sad Memohon perlindungan Allah.
-
Doa agar difasihkan lidah dan dilapangkan dada untuk
berkomunikasi.
-
Doa memohon ditambah ilmu.
-
Ayat penawar daripada api dan rasa sakit.
-
Doa agar beroleh kefahaman dan kuat ingatan.
-
Doa Nabi Ayyub ketika ditimpa penyakit kronik.
-
Doa Nabi Yunus ketika dalam kesusahan (perut ikan).
-
Doa Nabi Zakaria agar mendapat zuriat.
-
Doa ketika berhadapan dengan perkara yang rumit.
-
Doa Nabi Nuh agar terselamat daripada ribut taufan.
-
Doa agar dijauhkan daripada orang yang zalim.
-
Doa agar terselamat daripada gangguan syaitan.
-
Doa agar mendapat keampunan dan kerahmatan.
-
Penawar pelbagai penyakit.
-
Doa selesai Tasyahud akhir.
-
Doa agar selamat daripada azab neraka.
-
Doa agar beroleh pasangan dan anak-anak yang baik.
-
Doa selepas wuduk.
-
Doa agar tergolong dalam golongan yang soleh.
-
Doa Nabi Ibrahim agar selamat daripada penghinaan.
-
Doa Nabi Lut agar selamat daripada ahli maksiat.
-
Doa Nabi Sulaiman agar menjadi hamba yang bersyukur.
-
Doa Nabi Musa agar mendapat keampunan.
-
Doa Nabi Musa agar selamat daripada kaum yang zalim.
-
Doa Nabi Musa memohon perlindungan Allah.
-
Doa Nabi Lut agar mendapat pertolongan terhadap golongan
yang ingkar.
-
Zikir setiap pagi yang petang.
-
Doa agar dicukupkan keperluan.
-
Doa agar dihilangkan perasaan sedih.
-
Doa Saad bin Abi Waqqas agar tentera Islam dapat
menyeberangi lautan.
-
Doa Nabi Ibrahim agar dikurniakan anak yang soleh.
-
Doa agar berat timbangan amalan kebaikan.
-
Doa agar menjadi orang yang taat.
-
Doa Nabi Muhammad s.a.w dalam qiyamullail.
-
Penawar bagi hati yang gemar membuat maksiat.
-
Doa para malaikat kepada orang yang beriman.
-
Doa Sayidina Umar r.a ketika kemarau.
-
Doa agar mensyukuri nikmat Allah.
-
Kelebihan berdoa dengan Al-Asma Al-Husna.
-
Doa memohon keampunan diri sendiri dan generasi
terdahulu.
-
Terapi daripada gangguan jin.
-
Doa agar selamat daripada fitnah.
-
Kelebihan ayat seribu dinar.
-
Doa agar dikurniakan nur.
-
Doa agar terselamat daripada seksa kubur.
-
Doa apabila menderita sakit gigi.
-
Doa agar Allah menghukum kaum yang ingkar.
-
Doa agar beroleh kelapangan hati.
-
Doa agar dipermudahkan urusan.
-
Surah yang menjadi penawar kepada pelbagai masalah.
-
Penawar daripada gangguan sihir.
-
Penawar daripada gangguan jin.
Mengenali Penulis

Ustaz Haji Zahazan Mohamed dilahirkan di Melaka pada tahun
1974. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan
Kampung Gelam sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah
Menengah Agama Sultan Muhammad, Melaka, seterusnya
memasuki Kolej Islam Klang pada tahun 1990.
Kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Yarmouk,
Jordan (1992-1996). Mendapat Ijazah Sarjana (MA) dalam
Bahasa Arab di Universiti Malaya pada tahun 2003.
Meneruskan pelajarannya ke peringkat PhD. Kini menjawat
jawatan Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia.
Berpengalaman dalam memimpin kursus dan membimbing jemaah
haji dan umrah.
Sering dijemput memenuhi program ceramah agama. Aktif
dalam bidang penerbitan bahan ilmiah di akhbar dan
majalah. Sering muncul dalam program radio dan
televisyen.
Snapshot Buku Ini


